MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 6 POLITEKNIK METrO KUALA LUMPUR
MAKLUMAN PENTING
MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 6 POLITEKNIK METrO KUALA LUMPUR
Sukacitanya setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan di atas kejayaan menamatkan pengajian di Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
Pihak PMKL berbesar hati menjemput para graduan dan ibubapa untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik METrO Kuala Lumpur 2019 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Julai 2019 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki (IAB),Cawangan Genting Highlands
Masa : 9.30 pagi
Graduan hendaklah memastikan Borang Jawapan Kehadiran dilengkapkan dan dihantar secara pos laju / serahan tangan kepada pihak pengurusan graduan Majlis Konvokesyen sebelum atau pada 28 Jun 2019 (Jumaat) serta WAJIB menghadiri Taklimat Tatacara Pengisian Borang Kajian Pengesanan Graduan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sila muat turun dokumen-dokumen dibawah untuk maklumat dan tindakan graduan :
Surat Jemputan Graduan/Ibubapa
Garis Panduan Majlis Konvokesyen 2019
Garis Panduan Pengurusan Jubah
Borang Akuan Penerimaan dan Pemulangan Jubah
(borang hendaklah dibawa semasa pengambilan jubah)
Surat Kuasa Wakil Mengambil Jubah