Psikologi dan Kerjaya
PENGENALAN
Unit Psikologi dan Kerjaya diwujudkan bertujuan untuk melaksanakan dan memberi perkhidmatan bimbingan psikologi kaunseling yang merangkumi tiga pendekatan :
• Pendekatan Krisis
Reaksi kepada situasi kritikal atau hilang kawalan diri dan memerlukan perhatian segera. Kaunselor / Pegawai Psikologi memainkan peranan sebagai perunding atau orang tengah untuk meredakan situasi.
• Pendekatan Pemulihan
Fokus kekurangan yang dikenalpasti. Penyelesaian dicadangkan atau dilaksanakan bagi mengelak situasi krisis atau potensi dapat dimajukan.
Contoh : Sesi kaunseling, terapi dan lain-lain.
• Pendekatan Pencegahan
Program atau aktiviti dilakukan sebelum masalah muncul. Contoh : Program Psikopendidikan, penyalahgunaan dadah, kesihatan, kesedaran jenayah, alkohol dan lain-lain.
• Pendekatan Perkembangan
Mengenalpasti kemahiran, potensi dan pengalaman yang diperlukan untuk menggalakkan peningkatan potensi diri dan berjaya dalam hidup.
Contoh : Program motivasi, perkembangan kerjaya dan lain-lain. Unit ini juga merancang, menyediakan dan mendedahkan pelajar kepada peluang melanjutkan pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi dalam dan luar negeri. (Perkhidmatan Bimbingan Kerjaya).