PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017
Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan tahniah kepada saudara/saudari kerana telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian di institusi ini. Terimakasih juga diucapkan kerana memilih politeknik sebagai institusi pilihan untukmenyambung pengajian saudara / saudari.
Untuk makluman saudara / saudari, maklumat pendaftaran adalah seperti berikut:
Tarikh : 5 Jun 2017 (Isnin)
Masa : Rujuk Jadual Pendaftaran di Surat Panggilan Pendaftaran.
Tempat : Politeknik METrO Kuala Lumpur
Bersama-sama ini dilampirkan untuk maklumat dan panduan pelajar. Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran. Dokumen juga boleh dicapai melalui menu Galeri@PMKL --> e-Dokumen --> Borang pada menu laman web. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:
a. Surat Panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2017
b. Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu
c. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu
d. Overview Program Pengajian:
i. Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)
ii. Diploma Pengurusan Hotel (DHM)
iii. Diploma Teknologi Digital (DDT)
e. Senarai Cadangan Rumah Sewa Sekitar PMKL.
***************************************************************
SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:
o MEMUAT TURUN DOKUMEN DAN MELENGKAPKAN SEMUA BUTIRANYANG DIPERLUKAN.
o MEMBUAT PRA PENDAFTARAN SECARA ONLINE DI http://spmp.pmkl.edu.my MULAI 25 MEI 2017- 4 JUN 2017 ATAU SELEPAS DUA (2) HARI MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN.