PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MINGGU SUAI KENAL SESI JUN 2017
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MINGGU SUAI KENAL SESI JUN 2017
Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/i kerana telah berjaya menyambung pengajian di institusi ini. Terima kasih juga diucapkan kerana memilih politeknik sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian saudara/i.
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran dan Minggu Suai Kenal bagi pelajar baharu sesi Jun 2017 adalah pada 5 Jun 2017 (Isnin).
PERHATIAN PENTING
Maklumat Lanjut mengenai jadual pendaftaran, tatacara pra pendaftaran secara online, kadar bayaran yuran dan senarai semak dokomen sokongan yang diperlukan semasa hari pendaftaran akan dimuat naik pada 24 Mei 2017 (Rabu) untuk tindakan saudara/i sebelum hadir mendaftar. Saudara/i dipohon merujuk semula http://pmkl.edu.my pada tarikh yang ditetapkan (24 Mei 2017) untuk memuat turun semua makluman tersebut. Kegagalan bakal pelajar untuk memuat turun dokumen akan merumitkan proses pendaftaran pelajar. Harap maklum.