Pendaftaran Pelajar Baru Sesi Jun 2017
Politeknik METrO Kuala Lumpur telah menerima pelajar baharu bagi sesi Jun 2017 dan proses pendaftaran adalah seawal jam 8.00 pagi hingga 4.30 petang. Minggu Suai Kenal bagi pelajar baharu diadakan sebaik sahaja selesai proses pendaftaran. Tujuan diadakan MSK ini adalah untuk memberi peluang kepada pelajar memahami dan menyesuaikan diri dengan keadaan kampus PMKL. Dalam masa tersebut juga pelajar juga diberi maklumat penting berkenaan dengan program pengajian yang ditawarkan, halatuju dan kerjaya serta kemudahan yang disediakan sepanjang para pelajar berada di Program Minggu Suai Kenal.