MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI DIS 2018
MAKLUMAT TERKINI
MAKLUMAT LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR
(SEM 2, 3, 4, 5, 6, 7 & MENGULANG KURSUS) SESI DIS 2018
Sukacitanya, Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan tahniah kepada saudara / saudari kerana telah berjaya meneruskan pengajian semester seterusnya disini.
Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran di laman rasmi, www.pmkl.edu.my. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:
a. Surat Panggilan Lapor Diri Pelajar Senior Dis 2018
b. Senarai Semak Lapor Diri Pelajar Senior Dis 2018
***************************************************************
SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:
· MEMBUAT PRA PENDAFTARAN SECARA ONLINE di http://spmp.pmkl.edu.my mulai 2 DIS – 9 DISEMBER 2018. Pra pendaftaran secara online boleh dibuat selepas 2 hari membuat pembayaran yuran. Pembayaran yuran hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebelum 8 DISEMBER 2018 *bergantung kepada tarikh lapor diri pelajar.