Capaian sementara ke portal SPMP PMKL. Sila klik sini.
LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR DISEMBER 2019
MAKLUMAT TERKINI
ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR
(SEM 2, 3, 4, 5, 6, 7 & MENGULANG KURSUS) SESI DISEMBER 2019
Sukacitanya, Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan tahniah kepada saudara / saudari kerana meneruskan pengajian semester seterusnya disini.
Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran di laman rasmi, www.pmkl.edu.my. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:
a. Surat Panggilan Lapor Diri Pelajar Senior Dis 2019
b. Senarai Semak Lapor Diri Pelajar Senior Dis 2019
c. Panduan Pendaftaran Pelajar Senior / Pecahan Bayaran Yuran /
Tatacara Pendaftaran Online dan Pendaftaran Kursus di SPMP PMKL.
***************************************************************
SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:
· MEMBUAT PRA PENDAFTARAN SECARA ONLINE di http://spmp.pmkl.edu.my mulai 3 DIS – 8 DIS 2019. Pra pendaftaran secara online boleh dibuat selepas 2 hari membuat pembayaran yuran.
· Pembayaran yuran hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebelum 7 DISEMBER 2019 *bergantung kepada tarikh lapor diri pelajar.
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MINGGU HALUAN SISWA DISEMBER 2019
MAKLUMAN PENTING
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN
MINGGU HALUAN SISWA DISEMBER 2019
Adalah dimaklumkan bahawa maklumat dan panduan pendaftaran pelajar baharu sesi Disember 2019 akan dimuatnaik di portal rasmi Politeknik
METrO Kuala Lumpur, www.pmkl.edu.my selewat-lewatnya pada 11 Nov 2019 (Isnin).
Harap maklum. Terima kasih
Unit Hal Ehwal Pelajar (HEP) Pengambilan dan Data
MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 6 POLITEKNIK METrO KUALA LUMPUR
MAKLUMAN PENTING
MAJLIS KONVOKESYEN KALI KE 6 POLITEKNIK METrO KUALA LUMPUR
Sukacitanya setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada para graduan di atas kejayaan menamatkan pengajian di Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL)
Pihak PMKL berbesar hati menjemput para graduan dan ibubapa untuk menghadiri Majlis Konvokesyen Politeknik METrO Kuala Lumpur 2019 seperti ketetapan berikut:
Tarikh : 27 Julai 2019 (Sabtu)
Tempat : Auditorium Dato’ Razali Ismail, Institut Aminuddin Baki (IAB),Cawangan Genting Highlands
Masa : 9.30 pagi
Graduan hendaklah memastikan Borang Jawapan Kehadiran dilengkapkan dan dihantar secara pos laju / serahan tangan kepada pihak pengurusan graduan Majlis Konvokesyen sebelum atau pada 28 Jun 2019 (Jumaat) serta WAJIB menghadiri Taklimat Tatacara Pengisian Borang Kajian Pengesanan Graduan mengikut jadual yang telah ditetapkan.
Sila muat turun dokumen-dokumen dibawah untuk maklumat dan tindakan graduan :
Surat Jemputan Graduan/Ibubapa
Garis Panduan Majlis Konvokesyen 2019
Garis Panduan Pengurusan Jubah
Borang Akuan Penerimaan dan Pemulangan Jubah
(borang hendaklah dibawa semasa pengambilan jubah)
Surat Kuasa Wakil Mengambil Jubah
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU DAN MINGGU HALUAN SISWA SESI DISEMBER 2019
:: MAKLUMAN TERKINI ::
Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/ saudari kerana telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian di institusi ini. Terima kasih juga diucapkan kerana memilih politeknik sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian saudara / saudari.
Untuk makluman saudara / saudari, maklumat pendaftaran adalah seperti berikut:
Tarikh : 2 Disember 2019 (Isnin)
Masa : Rujuk Jadual Pendaftaran mengikut Program di Surat Panggilan
Tempat : Politeknik METrO Kuala Lumpur
Bersama-sama ini dilampirkan untuk maklumat dan panduan pelajar. Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:
a. Surat Panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Dis 2019
b. Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Dis 2019
c. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Dis 2019
d. Overview Program Pengajian:
i. Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)
ii. Diploma Pengurusan Hotel (DHM)
iii. Diploma Teknologi Maklumat (Teknologi Digital) (DDT)
e. Senarai Cadangan Rumah Sewa Terkini Sekitar PMKL
***************************************************************
SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:
o MEMUAT TURUN DOKUMEN DAN MELENGKAPKAN SEMUA BUTIRAN/BORANG HAL EHWAL PELAJAR (HEP) YANG DIPERLUKAN (BHEP 1-6)
o MEMBUAT PRA PENDAFTARAN SECARA ONLINE di http://spmp.pmkl.edu.my SELEPAS DUA (2) HARI MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN MULAI 15 NOVEMBER 2019 – 1 DISEMBER 2019.
ARAHAN LAPOR DIRI PELAJAR SENIOR SESI JUN 2019
MAKLUMAT TERKINI
(SEM 2, 3, 4, 5, 6, 7 & MENGULANG KURSUS) SESI JUN 2019
Sukacitanya, Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan tahniah kepada saudara / saudari kerana meneruskan pengajian semester seterusnya disini.
Sila MUAT TURUN dokumen berkaitan untuk kelancaran proses pendaftaran di laman rasmi, www.pmkl.edu.my. Kegagalan untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:
a. Surat Panggilan Lapor Diri Pelajar Senior Jun 2019
b. Senarai Semak Lapor Diri Pelajar Senior Jun 2019
c. Panduan Pendaftaran Pelajar Senior / Pecahan Bayaran Yuran /
Tatacara Pendaftaran Online dan Pendaftaran Kursus di SPMP PMKL.
***************************************************************
SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:
MEMBUAT PRA PENDAFTARAN SECARA ONLINE di http://spmp.pmkl.edu.my mulai 31 MEI – 30 JUN 2019. Pra pendaftaran secara online boleh dibuat selepas 2 hari membuat pembayaran yuran.
Pembayaran yuran hendaklah dibuat selewat-lewatnya sebelum 29 JUN 2019 *bergantung kepada tarikh lapor diri pelajar.