MAKLUMAT UMUM KEPUTUSAN PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2018
PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU
MINGGU SUAI KENAL SESI JUN 2018
Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan TAHNIAH kepada saudara/i
kerana telah berjaya menyambung pengajian di institusi ini. Terima kasih juga diucapkan
kerana memilih politeknik sebagai institusi pilihan untuk menyambung pengajian saudara/i.
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh pendaftaran dan Minggu Suai Kenal bagi pelajar baharu
sesi Jun 2018 adalah pada 25 Jun 2018 (Isnin).
PERHATIAN PENTING!
Maklumat Lanjut mengenai Jadual Pendaftaran, Tatacara Pra Pendaftaran secara online,
Kadar Bayaran Yuran dan Senarai Semak Dokomen yang diperlukan semasa hari
pendaftaran akan dimuat naik di http://pmkl.edu.my mulai 1 Jun 2018 (Khamis) untuk
tindakan saudara/i sebelum hadir mendaftar. Saudara/i dipohon merujuk semula
http://pmkl.edu.my mulai 1 Jun 2018 untuk memuat turun semua makluman pendaftaran
tersebut.
Kegagalan saudara/i untuk memuat turun dokumen akan merumitkan proses pendaftaran
pelajar. Harap maklum.