Politeknik METrO Kuala Lumpur telah berjaya mencapai KPI PMO 5 Bintang (Terbilang) dengan markah 100% bagi tahun 2016. Tahniah dan syabas kepada semua warga PMKL atas kejayaan ini dan ini merupakan pemangkin kepada warga PMKL untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik di masa akan datang.
PMKL perolehi pingat Perak di EKSCOME 2017
Program Eksplorasi Budaya & Jalinan Warisan UNESCO Melaka 2017 (EKSCOME 2017) Politeknik Malaysia di Politeknik Merlimau.
Tahniah diucapkan kepada pelajar PMKL yang telah berjaya mendapat Anugerah Gangsa dalam Kategori Fotografi dan mendapat Perak dalam kategori videography di dlm EKSCOME 2017 baru-baru ini.
Battle of the chefs 2018
Tahniah diucapkan kepada pelajar PMKL, Khairul Anuar yang telah memenangi pingat gangsa dalam acara Battle of the chefs 2018 di Setia Space Arena.
Jualan Amal Nasi Lemak Harapan
Sekitar Jualan Amal Nasi Lemak Harapan yang telah diadakan di , Sri Pentas, Bandar Utama pada pagi tadi. Syabas dan tahniah diucapkan kpd pelajar Politeknik METrO Kuala Lumpur dan pelajar Kolej Komuniti Kuantan kerana telah menyediakan Nasi Lemak Panggang dan Nasi Lemak Pandan Sri Kuantan yang sangat menyelerakan., #pmklbermulanyadisini.
Lawatan industri Las Vacas Restaurant Sdn Bhd
Sekitar lawatan industri Las Vacas Restaurant Sdn Bhd ke PMKL.
Pameran Kerjaya
Sekitar pameran kerjaya di SMK Tasek Permai, Ampang bagi pelajar- pelajar tingkatan 3, 4 & 5. Objektif pameran ini adalah untuk mendedahkan mereka tentang program-program dibawah politeknik, khususnya PMKL dan cara kemasukan.
Program Sayembara Pena Siswa Politeknik Malaysia 2018
Program Sayembara Pena Siswa Politeknik Malaysia 2018 anjuran Politeknik METrO Kuala Lumpur dengan kerjasama Bhgn. Ambilan & Pembangunan Pelajar, JPPKK akan diadakan pada 21-24 September 2018 di PMKL. Penyertaan daripada semua politeknik amat dialu-alukan.
Lawatan tapak bagi sebutharga penyelenggaraan kawasan Bangunan Pejabat PMKL
Sekitar lawatan tapak bagi sebutharga penyelenggaraan kawasan Bangunan Pejabat PMKL, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penasihat Industri PMKL
Sekitar Mesyuarat Ahli Jawatankuasa Penasihat Industri PMKL Bil 1/2018. Industri yang terlibat adalah HomePro, Petronas Laluan Sutera, Hotel Tenera, Metronomik Sdn. Bhd, Pitsynergy Sdn. Bhd, RHR Hotel. Turut hadir bersama Timbalan Pengarah Bahagian Kolaborasi Industri dan Komuniti, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti. Di antara agenda mesyuarat: Perkongsian ilmu dan pertukaran buah fikiran serta pandangan di antara industri dan barisan pengurusan dan akademik PMKL.