Bengkel Fasa 1 Program Techcreavery 2018 yang melibatkan pelajar dan staf JTMK, PMKL telah diadakan pada 31 Julai 2018 di MaGIC, Cyberjaya.
Bengkel Fasa 1 Program Techcreavery 2018 yang melibatkan pelajar dan staf JTMK, PMKL telah diadakan pada 31 Julai 2018 di MaGIC, Cyberjaya.
Syabas dan tahniah diucapkan kepada pelajar DDT yang telah memenangi pertandingan bagi kategori games di Majlis Penutup Teachreavery 2018 : Technology, creative & innovation discovery ????????????????
Tempat pertama (Green bin)- Muhammad Afif Bin Zulkiflee & Afiq rabbani bin Ahmad Yani,Tempat kedua (Mr. Alphabets)- Muhammad Affify Mirza Bin Mohd Akib & Aiman Haziq bin Abd Rahim, Tempat ketiga (It’s sunnah eating)- Muhammad Hafidz bin Aziz & Ifwat Hibatullah Bin Khairy
PMKL diwakili oleh 7 orang kakitangan yang merupakan ketua zon dan jawatankuasa pelaksana EKSA di PMKL mengadakan lawatan penanda aras (EKSA)di Politeknik METrO Kuantan pada 2 Mei 2017 (Selasa). Objektif lawatan ini adalah untuk memberikan pendedahan dan pengalaman tentang aspek pengurusan EKSA di PMKU kerana politeknik berkenaan telah menerima anugerah EKSA Cemerlang pada November 2016 yang lalu. Klik di sini untuk galeri gambar lawatan berkenaan.
PMKL bersama 19 IPTA dan 12 kolej kemahiran menyertai JPB 2017, dengan sokongan padu dari Jabatan Perdana Menteri; KKLW; Kementerian Komunikasi dan Multimedia; Kementerian Pengajian Tinggi; Kementerian Pendidikan dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan.
Sasaran JBP 2017 adalah untuk mencari kumpulan yang kurang berkemampuan di luar bandar, pedalaman dan miskin bandar yang ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.
Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/257887
Jabatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi, PMKL diwakili oleh 4 orang pensyarah telah membuat lawatan ke Digital Durian, merupakan sebuah animasi popular terkini iaitu Didi & Friends pada 9 Mei 2017 yang lalu.
Lawatan berkenaan adalah bertujuan mengadakan perbincangan kolaborasi bersama bagi meningkatkan mutu penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran di PMKL dan seterusnya meningkatkan peluang
pekerjaan lepasan pelajar PMKL di masa akan datang.
KARNIVAL CERIA DAN SUKAN KOMUNITI JOM BANTU RAKYAT peringkat parlimen Bandar Tun Razak 2017.
Tarikh : 23 April 2017 | Ahad
Masa : 9.30 pagi
Tempat : Padang Bola Sepak Sri Johor, Bandar Tun Razak
Perasmi : YB Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan.
■ Lebih 25 agensi Kerajaan turut serta untuk memberi perkhidmatan terus kepada rakyat.
■ Peluang pendidikan & pekerjaan (temuduga terbuka)
■ Kaunter khidmat pelanggan pelbagai DBKL / PTPTN.
■ Sukaneka rakyat.
■ Persembahan hiburan dan kebudayaan.
■ Food truck.
■ Pertandingan mewarna, gubahan bunga, paintball, muay tai, sepak takraw, bola jaring dan pelbagai lagi.
Seminar Meneroka Isu Halal dan Amalan Perdagangan Dalam Peruncitan telah diadakan pada hari ini (28 Mac 2017) di PMKL.
Seminar ini adalah anjuran Diploma Pengurusan Peruncitan, Jabatan Perdagangan, Politeknik METrO Kuala Lumpur. Dengan kerjasama dari JAKIM dan KPDNKK.
Para pensyarah PMKL telah menyertai Kursus Learning Engangement & Motivation (LEM) yang diadakan pada 11 Mei 2017 di sini. Antara lain pengisian kursus ini adalah pengenalan kepada
konsep LEM, Kaedah pelaksanaan LEM ( self regulated, student centred activity, impak LEM kepada politeknik dan aspek pemantauan dan persepsi penyelidikan LEM.