[SideItem]Pengumuman

PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017

 PENDAFTARAN PELAJAR BAHARU SESI JUN 2017

Politeknik METrO Kuala Lumpur (PMKL) ingin mengucapkan tahniah kepada saudara/saudari kerana telah berjaya dipilih untuk menyambung pengajian di institusi ini. Terimakasih   juga   diucapkan   kerana   memilih   politeknik   sebagai   institusi   pilihan   untukmenyambung pengajian saudara / saudari.

Untuk makluman saudara / saudari, maklumat pendaftaran adalah seperti berikut:

Tarikh                                :    5 Jun 2017 (Isnin)

Masa                                 :   Rujuk Jadual Pendaftaran di Surat Panggilan Pendaftaran.

Tempat                             :   Politeknik METrO Kuala Lumpur      

Bersama-sama   ini   dilampirkan   untuk   maklumat   dan   panduan   pelajar.   Sila  MUAT TURUN  dokumen berkaitan  untuk kelancaran  proses   pendaftaran. Dokumen juga boleh dicapai melalui menu  Galeri@PMKL --> e-Dokumen --> Borang pada menu laman web. Kegagalan   untuk memuat turun dokumen akan mengganggu proses pendaftaran pelajar:

a. Surat Panggilan Pendaftaran Pelajar Baharu Sesi Jun 2017

b. Senarai Semak Pendaftaran Pelajar Baharu

c. Buku Panduan Pendaftaran Pelajar Baharu

d. Overview Program Pengajian:                                                                                                                     

     i. Diploma Pengurusan Peruncitan (DRM)

     ii. Diploma Pengurusan Hotel (DHM)

     iii. Diploma Teknologi Digital (DDT)

e. Senarai Cadangan Rumah Sewa Sekitar PMKL.

***************************************************************

SAUDARA / SAUDARI DIPOHON:

o MEMUAT TURUN DOKUMEN DAN MELENGKAPKAN SEMUA BUTIRANYANG DIPERLUKAN.

o MEMBUAT   PRA   PENDAFTARAN   SECARA   ONLINE   DI http://spmp.pmkl.edu.my MULAI 25 MEI 2017- 4 JUN 2017 ATAU SELEPAS DUA (2)  HARI  MEMBUAT PEMBAYARAN YURAN.